Saturday, May 21, 2011

PMIUM ucap takziah

21 Mei, 8.oo malam : Tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat Kajang petang tadi. Terkini di laporkan seramai 5 mayat berjaya dikeluarkan, 5 orang pula berjaya diselamatkan dan 12 orang lagi masih tertimbus dalam bangunan. Walaubagaimanapun, hujat lebat yang berlaku petang tadi tidak membantutkan operasi menyelamatkan mangsa tanah runtuh.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menengahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal, dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera. Ini dinyatakan Khalid dalam twitter beliau petang tadi.

” Saya mewakili Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya merakamkan tanda simpati dan takziah kami kepada mangsa-mangsa tanah runtuh iaitu rumah anak yatim at-Taqwa, terutama sekali kepada mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah” Ucapan Amir Nabil selaku Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

” Namun begitu, kami akan menghantar beberapa orang mahasiswa untuk memberi bantuan ke sana. kami juga ingin merakamkan ucapan tahniah di atas keperihatinan semua pihak” katanya lagi.

Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi PMIUM ( HEWI), Husbah Haris Laksamana juga mengucapkan ” takziah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh. Semoga mangsa anak yatim yang telah kembali ke rahmatullah di tempatkan di kalangan orang beriman. InsyaAllah.”

“Saya juga mengharapkan agar mangsa-mangsa rumah anak yatim at-Taqwa tersebut tabah dalam menghadapi segala ujian Allah.” katanya lagi. - Pmium


sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP