Pertahan Islam agama rasmi – Guan Eng
Oleh MOHD SABRI SAID
Menurut beliau, perkara itu mustahil berlaku kerana Islam telah termaktub sebagai agama rasmi dalam perlembagaan dan menjadi tanggungjawab parti dalam Pakatan Rakyat menjagainya sekira diberikan mandat ke Putrajaya.
"Umno dan BN tidak putus-putus merancang bagaimana untuk pecahkan Pakatan Rakyat tapi tak berjaya. Hari ini mereka sanggup menggadai negara dengan meniupkan api perkauman agar timbul kebencian antara orang Islam dan Kristian," ujarnya dalam sidang akhbar, dekat sini, baru-baru ini.Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berharap Umat Islam dapat menerima DAP yang selalu mengadakan perbincangan dengan PAS dan KeADILan apatah lagi mengenai isu negara Islam atau agama Islam sebagai agama rasmi negara.
DAP sendiri, tegas beliau tidak pernah berhasrat menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara sebagaimana didakwa pemimpin Umno.
"DAP, PAS dan KeADILan sudah pun bersetuju bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara seandainya diberikan kuasa menggantikan BN yang penuh dengan amalan rasuah, penipuan serta penyelewengan.
Fitnah terbaru ini ujarnya, sengaja direka bagi melagakan penganut Islam dan Kristian.
"BN seronok jika ada gereja dibakar, masjid disimbah cat dan seumpamanya macam beberapa tahun lalu. Namun, usaha tersebut gagal kerana rakyat kini sudah bijak menilai yang mana betul dan mana fitnah," katanya.


0 comments:
Post a Comment