Wednesday, January 19, 2011

Tips Mengawal Kemarahan


Setiap manusia mempunyai pelbagai sikap sama ada pemaaf, penyayang, pemarah, Happy go lucky, kelam kabut dan sebagainya. sikap pemarah adalah salah satu sikap yang negatif yang patut dielakkan dan perlu dikawal. Di sini terdapat beberapa tips atau cara untuk mengawal kemarahan:

  1. Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar dan tenang dalam menghadapi sebarang situasi.
  2. Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika dia hendak marah, kemudian berfikir tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan org lain.
  3. Meminta perlindungan daripada Allah supaya dilindungi dari syaitan yang direjam.
  4. Orang yang sedang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk. Ini kerana apabila kedudukan seseorang yang sedang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.
  5. Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.
  6. Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta dari api. Maka yang demikian, yang dapat memadamkan api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk. Demikian dengan izin Allah dapat meredakan kemarahan.
Selain itu, kaedah ini juga boleh diamalkan:

  1. Tarik nafas dalam-dalam , kemudian hembuskan.
  2. Minum air masak sekerap yang mungkin.
  3. Mandi.
  4. Membaca Al-Quran, beristighfar.
  5. Meluahkan perasaan dan masalah pada masa dan tempat yang sesuai.
  6. Berfikiran positif.
  7. senyum. Ini kerana senyuman dapat meredakan tekanan dan juga dapat menyejukkan hati orang lain.. =)
Oleh itu, sentiasalah kita berfikir dan rasional sebelum melakukan sesuatu tindakan terutamanya dalam keadaan marah. Mengingati Allah dan sabar adalah yang terbaik apabila berada dalam keadaan marah. Orang yang dapat mengawal kemarahannya adalah orang yang hebat!


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP