Sunday, December 5, 2010

Himpunan 2+1 : 52 Ditangkap Termasuk 5 Mahasiswa



Dis 5, Masjid Negara : Dianggarkan sekitar 52 orang ditahan termasuk beberapa ADUN dan lima mahasiswa atas alasan melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan protes air ke Istana Negara tengah hari tadi.



Lebih 7000 rakyat termasuk hampir 5000 anak muda dan mahasiswa menyertai Himpunan Aman 2+1 (Bantah tarif air dan harga barang) yang dianjurkan di Perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur tengah hari tadi.



Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berjanji akan membebaskan mereka jika kesemua peserta protes mematuhi arahan agar bersurai.



Menurut Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, seramai 47 orang ditahan di sekitar Masjid Negara termasuk lima merupakan pelajar. Dan difahamkan mereka ditahan di Balai Polis Cheras.



“Ini jaminan kami, mereka semua akan dibebaskan. Jadi, tolong bersurai,” kata Amar ke arah kumpulan yang berhimpun di kawasan bangunan KTMB



.



Dan setelah perundingan oleh beberapa pemimpin kerajaan negeri dengan pihak polis, 5 mahasiswa terbabit yang dimaklumkan daripada UM, KUIS dan UKM dibebaskan.



Kumpulan itu berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara melalui bangunan KTMB.



Dalam pada itu, penyelaras kempen antikenaikan harga air Selangor, Dr Badrul Amin Bahron berkata, tindakan polis yang secara tiba-tiba menyerbu para peserta protes yang berada di pekarangan Masjid Negara menyebabkan seorang lelaki bernama Azami Ismail patah kaki dan seorang wanita pitam ketika cuba cuba melarikan diri.



“Ketika polis menyerbu ke Majis Negara lelaki itu yang berusia 51 tahun telah jatuh di tangga menuju ke masjid dan patah kaki.



“Saya difahamkan lelaki tersebut telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang oleh ahli keluarga untuk pemeriksaan. Dia kini sedang dirawat.



“Selain itu, seorang wanita yang pitam itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan, dia sekarang masih lagi dalam keadaan lemah,” katanya.





Dimaklumkan juga seorang siswi hampir ditangkap oleh sekumpulan polis lelaki namun berjaya diselamatkan oleh beberapa mahasiswa yang bertindak membelasah polis-polis tersebut.



Menurut siswi tersebut yang enggan dikenali, beliau kecewa dengan tindakan anggota-anggota polis terbabit yang bertindak kasar terhadapnya.



“Saya terkejut kerana hampir berbelas-belas polis berpakaian seragam menyerbu saya dan bila saya menjerit, datang beberapa sahabat selamatkan saya dengan membelasah polis tersebut. Ini memang satu pencabulan hak asasi kemanusiaan dan tidak patut dilakukan oleh pihak polis.”, luahnya dengan kekecewaan.



Kumpulan anak muda yang diketuai kumpulan mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan aktivis-aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dilihat mula berkumpul di perkarangan Masjid Negara sejak jam 12.30 tengahari.



Kumpulan tersebut menggantung kain rentang bertulis ‘Mahasiswa bersama rakyat’ sambil melaungkan slogan ‘Hidup rakyat’ dan ‘Hidup mahasiswa’.



Ketua-ketua front mahasiswa turut dilihat menyertai demonstrasi aman antaranya Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan bin Mohamad Hasan, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Mohd Syukri bin Abd Razab, YDP MPP Unisel, Pengerusi Pro-M UM, Mohd Saufi Jelani serta Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Hilman Idham.




“Namun kita dihalang polis untuk ke sana, sehubungan itu kita telah meminta wakil kita untuk mengarahkan semua penyokong yang berada di Masjid Negara bersurai.



“Tetapi dalam proses bersurai itu, polis secara tiba-tiba menyerbu masuk ke Masjid Negara dan menyebabkan penyokong-penyokong bertempiaran lari,” kata Mohd Syukri.



Kesemua penyokong yang berada di Masjid Negara mula bersurai kira-kira pukul 4 petang tadi.



Selain kumpulan antikenaikan harga air, sebuah lagi kumpulan yang dinamakan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong behubung penyelewengan yang berlaku di Selangor.



Namun, GAPS, gabungan 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyerahkan memorandum tersebut. – UMtoday.



0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP