Monday, November 22, 2010

Berjemaah Itu Wajib Bukannya Sunat

"Pengenalan

Dalil al-Quran:





Dalil Hadis Nabawi:


Daripada Huzaifah bin al-Yaman berkata: Orang ramai bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang kebaikan tetapi aku bertanyakan baginda tentang kecelakaan. Takut kena kepadaku. Aku berkata: Ya Rasulullah: Sesungguhnya kami di zaman jahiliyyah dan keburukan lalu Allah telah mendatangkan kebaikan ini (Islam dan Rasulullah s.a.w.) maka adakah selepas kebaikan ini ada keburukan? Jawab Baginda: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah selepas keburukan itu ada kebaikan pula? Baginda menjawab : Ya, dan di dalamnya penuh kecelaruan. Aku bertanya: Apa itu? Baginda bersabda: Puak yang mengajak manusia bukan dengan petunjukku. Kamu mengenali mereka dan kamu menentang mereka. Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu kebaikan? Jawab Baginda : Ya, adanya pendakwah mengajak ke pintu neraka jahanam. Siapa yang mengikuti mereka akan masuk ke dalamnya. Aku bertanya: Terangkan tentang mereka kepada kami. Baginda bersabda: warna kulit mereka sama dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita. Aku bertanya: Apa kami perlu buat jika kami sempat di zaman itu? Baginda bersabda: Wajib kamu bersama dengan jamaah Islam dan kepimpinan mereka. Aku bertanya: Jika tiada jamah Islam dan pemimpin? Sabda baginda: Beruzlahlah kamu daripada mereka meskipun terpaksa kamu memakan pohon-pohon kayu sehingga kamu mati dan kamu dalam keadaan sedemikian.

(HR Imam Bukhari)


Qawa’idul Fiqhiyyah:


Setiap perkara yang wajib,sunat,makruh dan lain-lain,maka perkara yang mencapai kepada perkara tersebut mengikut hukum perkara tersebut.Contohnya menegakkan negara Islam adalah wajib,maka mengundi di dalam pilihanraya adalah wajib.


Bagi tujuan tersebut pembaca harus memahami bahawa Islam akan sentiasa diperintah selagi mana Islam tidak mengambil tampuk pemerintahan, tujuan menerajui pemerintahan tidak akan terlaksana tanpa politik.


Kaedah ini membawa maksud jika arak, babi dan sebagainya adalah haram dan dilarang (dalil Al-Quran - Surah Al-Maidah : 90-91), maka segala yang bersangkut paut dengannya juga hukumnya adalah sama, iaitu haram dan dilarang.

Menurut Imam Suyuti As-Syafie (Ashbah wa an-nazair, hlm 162) dan Imam Zarkasyi al-Syafie (al-Bahrul Muhit) berkata ‘al-harim’ termasuk dalam perkara wajib lalu timbullah kaedah:


Contohnya: Hukum asal wudhu’ adalah sunat. Tetapi, apabila ingin mengerjakan solat hukum berwudhu’ menjadi wajib kerana ia menjadi syarat sah solat. Kewajipan solat akan menjadi sempurna setelah seorang itu mengambil wudhu’terlebih dahulu, tanpa wudhu’ - kewajipan solat tidak akan jadi sempurna atau sah.

Kerajaan Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa kita melibatkan diri dalam politik. Di Malaysia sistem politik mengikut perlembagaan adalah demokrasi berparlimen yang dilaksanakan melalui pilihanraya. Menegakkan Islam adalah wajib dan tidak dapat disempurnakan kecuali dengan memasuki pilihanraya. Maka, menyertai pilihanraya dan mengundi menjadi wajib.

Hujjah Akal:

Menyoroti perjalanan dakwah para Rasul dan para sahabat, pemerintahan adalah satu perkara yang sangat penting. Nabi s.a.w. berhijrah ke Kota Madinah dan menubuhkan Negara Islam di sana. Jika pemerintahan bukan perkara yang penting nescaya Rasulullah tidak perlu menjadi pemerintah. Cukuplah kebebasan berdakwah di sana. Ramai di kalangan para Rasul menjadi pemerintah atau berdepan dengan pemerintah bagi menyebarkan ajaran Islam. Nabi Sulaiman a.s., Nabi Daud a.s., Nabi Yusuf a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pemerintah negara. Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Harun a.s., Nabi Zakaria a.s. dan Nabi Yahya a.s. berdepan dengan pemerintah yang zalim.

Berdasarkan waqi’ semasa Malaysia, lebih praktikal bagi Jemaah Islam untuk melibatkan diri dalam politik pilihanraya bagi menegakkan syariat Allah di muka bumi. Memaksimumkan peluang yang ada dengan sokongan yang besar daripada masyarakat Islam yang masih beramal dengan asas-asas Islam. Pendekatan politik demokrasi ini diistilahkan sebagai Muwajahah Silmiyyah atau berdepan secara aman dalam Siyasah Syar’iyyah.

Meninggalkan Jemaah Itu Haram



"Aku perintahkan pada kamu sekalian (muslimin) lima perkara, sebagaimana Allah telah memerintahkan aku dengan lima perkara itu: Berjamaah, dengar, taat, hijrah, dan jihad di jalan Allah. Barangsiapa yang dari jemaah sekadar sejengkal , maka sesungguhnya telah terungkai ikatan Islam dari lehernya kecuali dia kembali kembali semula. Dan barangsiapa yang menyeru dengan seruan jahiliyyah, maka ia termasuk golongan orang yang bertekuk lutut dalam neraka. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, jika dia berpuasa dan solat?”Rasulullah bersabda: “Sekalipun dia berpuasa dan sholat, dan mengaku dirinya seorang Muslim. Maka kamu serulah kaum Muslimmin itu dengan nama yang Allah telah berikan pada mereka, Al-Muslimin, Al-Mukminin, hamba-hamba Allah ‘Azza wa Jalla."

(HR Ahmad dari Harits Al-Asy’ary, dalam Musnad Ahmad juz 4 halaman 202).

"Dari Ibu Mas'ud dia berkata "Rasulullah bersabda, Tidak halal darah seorang muslim kecuali karena salah satu diantara tiga perkara: Orang yang telah menikah berzina, membunuh orang, dan orang yang mneinggalkan agamanya dan memisahkan diri dari jama'ah."

(HR Imam Bukhari dan Muslim)


Ditulis dan diolah semula daripada pembentangan kertas kerja usrah bertajuk “Berjemaah Itu Wajib Bukannya Sunat” oleh Ustaz Saiful Bahri, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.

Rujukan:
Seruan Kami, Jadilah Pejuang Kemerdekaan
Ustaz Ibrahim Hj Masran Al-Banjari

Fiqh Kenegaraan Menurut Islam
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

~Asyraf Al-Fandani~
salam perjuangan


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP