Pro-M seru boikot konsert Adam Lambert
Pro-M seru boikot konsert Adam Lambert
13 oktober, 7.00 p.m ; Pro-mahasiswa hari ini menyeru kepada semua pihak terutamanya mahasiswa untuk memboikot konsert adam lambert yang dijadualkan akan berlangsung esok malam.

Ahli jawatankuasa PUSPAL terdiri daripada sembilan belas organisasi dan badan kerajaan termasuk JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri.
“kita merasa sangat pelik bagaimana konsert ini boleh diluluskan oleh jawatankuasa ini.Saya melihat tidak ada sebab yang munasabah untuk meluluskan konsert ini jika mengambil kira kebejatan masalah sosial yang melanda negara kita sekara ini.”Ulas Muhammad Saufi.

Timbalan Presiden PMIUM , Siti Nadzirah Majid ketika diminta mengulas berkenaan hal ini, sambil tersenyum mengatakan bahawa ianya adalah sebab yang sangat kelakar memandangkan tidak ada satu bangsa pun di negara ini yang rela dan menyukai budaya homoseksual yang ingin dibawa oleh ikon Gay berkenaan.
Media cuba menghubungi Yang dipertua MPMUM ,Khairul Anuar Abu Kasim untuk memberi respon mengenai isu ini bagaimanapun gagal.
Menurut sumber,beliau dipercayai sedang ‘sibuk’ mendapatkan kepercayaan pemimpin persatuan-persatuan Universiti Malaya setelah menghampakan mereka mereka dalam suatu pertemuan semalam.
Dalam satu mesej yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media lewat petang tadi,Muhammad Saufi menyatakan “Usaha mahasiswa tidak akan berhenti setakat ini sahaja”
_____________________________________KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment