Monday, October 25, 2010

PRK Galas(N.45)




Galas: Panduan Penting Penamaan Calon Esok!

Peta Hari Penamaan Calon DUN Galas 26 Oktober 2010 Jam 0900 Pagi

Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (N.45) Galas, Kelantan akan berlangsung esok.

Pusat Penamaan Calon terletak di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang (Lihat Peta Dan Besarkan).



Proses penyerahan borang akan berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala bagi proses semakan dan bantahan pula bermula pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Bagi penyokong PAS khususnya akan berkumpul di Masjid Tengku Faiz Petra pada pukul 8.00 pagi untuk menunaikan solat Hajat. Kemudian akan berarak beramai-ramai selepas menunaikan solat sunat ke Pusat Penamaan Calon pada pukul 8.30 pagi.



Setakat ini, dua parti akan menghantar calon masing-masing iaitu dari Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diwakili oleh Dr Zulkefli Mohamad, 44, yang juga pemangku yang dipertua parti di Gua Musang dan Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Abdul Aziz Yusoff, 49, iaitu pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).


P/S: Laman Rasmi Pelihanraya Kecil Galas (klik)


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP