Friday, August 27, 2010

MUFTI bantah Pendidikan seks

Mufti Perak Tan Sri Datuk Seri Harussani Zakaria menyatakan nikah gantung hanya diamalkan oleh orang Islam terutama orang Melayu di negara ini. Beliau menegaskan yang penting untuk menangani gejala sosial ialah iman yang kukuh. Pendidikan seks tidak diperlukan apabila ada iman yang kukuh. Tapi sebaliknya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengkaji Pendidikan Seks yang diberi nama Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial untuk dijadikan mata pelajaran teras di sekolah.


Apa Tan Sri Muhyiddin Yassin tak nak dengar cakap mufti ke untuk memperkukuhkan iman di kalangan para pelajar di sekolah, bukannya untuk mengkaji pendidikan seks di sekolah ?


Nampaknya Dato Seri Najib masih tidak bersuara lantang dalam isu Nikah Gantung, Pendidikan Seks, Buang Bayi dan cara untuk menangani gejala sosial dan untuk menyelamatkan bangsa Melayu.


****************************



Perak mufti Tan Sri Datuk Seri Harussani Zakaria said suspended marriages are only practiced by Muslims, mainly Malays, in the country.


"The need for parents to educate their young ones from a religious perspective on what's right is vital as without iman (faith), no matter how educated they are, they are drawn into doing what's haram (forbidden). The point is not getting involved with illicit behaviour. Sex education is not needed when you have faith."


http://www.mmail.com.my/content/47641-muftis-slams-pas-nikah-gantung-move


PUTRAJAYA, 4 Ogos 2010 (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras, Kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebuah jawatankuasa teknikal terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat.



http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518803

"



0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP