Thursday, June 17, 2010

Jom Pakat Pergi !!!


Jom Pakat pergi!!!
"Bersama menentang kemungkaran demi kesucian islam"
Persiapkan diri wahai ummah!!!Semarakan Gelombang BESAR Intifadhah pada
(3/Julai/2010)
2.00pm
"Perhimpunan Aman dari Masjid Negara ke Istana Negara"

Kemuncak bantahan keras kita terhadap Judi ini ialah pada 3 Julai 2010 . Saya tidak silap dan salah tulis kerana itu yang telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatan kuasa Harian DPPP tempohari. Walaupun Bola sepak Piala Dunia telah bermula malah hampir tamat pada waktu itu [ 3 julai ] , namun perlu difahami bahawa lesen judi sukan yang diluluskan bukan hanya untuk Piala Dunia , tetapi untuk :


English Premier League ,


Spanish Primera Liga ,


Germany’s Bundesliga ,


Italy Series A ,


Uefa Cup


Champion’s League


English FA Cup



Tak kena cara , Liga Perdana Malaysia pun mereka angkat sekali . Ini target Berjaya Group nak buat duit hasil judi sukan yang diluluskan dan dianugerahkan kepadanya pada jangka panjang sedang Piala Dunia setakat 11 julai sahaja . Semua siri liga eropah tersebut akan berlangsung selepas tamat Piala Dunia nanti iaitu pada bulan August . Maka saya merasakan tarikh 3 Julai yang dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Pusat tidak silap dan lewat tetapi sangat tepat dan sesuai .



Lagi pun , bukanlah kita hanya duduk diam membatu dan hanya banyak mengomel sementara menunggu 3 Julai tersebut , tetapi kita akan turun ke serata negara untuk menggerakkan kesedaran , kefahaman dan menjelaskan bahaya judi serta membangkitkan rasa semangat rakyat menentang kemungkaran . Tempoh sebulan untuk "warm up" adalah sangat bertepatan dan jangan gopoh .



Kita bukan baru nak bermula pada bulan julai tetapi kita telah mula membantah sebelum ia diluluskan dan kini kita sedang menganjurkan siri demontrasi di seluruh negara setelah ia diluluskan agar lesen maksiat ini ditarik balik dan kita akan terus mendidik rakyat agar menjauhkan diri dari bahaya judi serta menentang mereka yang menganjurkan kemungkaran ini sehingga mereka hentikan mungkar ini .



Selepas 3 julai kelak , andai mungkar ini masih diteruskan , Dewan Pemuda PAS berjanji akan terus menggerakkan massa agar bangkit menolak kerajaan UMNO dan BN yang degil dan angkuh ini dalam pilihanraya umum kelak .


Anda setuju bersama Dewan Pemuda PAS Pusat ?



KPPP:http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/05/dppp- akan-bantah-judi-sepanjang-masa.html


1 comments:

al-khattab93 June 17, 2010 at 9:06 PM  

http://amanpattani.blogspot.com/2010/04/koleksi-gambar-di-pattani-darussalam.html

Jom Join!

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP