Saturday, May 29, 2010

8 Perkara???



Salam ukhwah

Sahabat seperjuanganku,

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulum al-Din telah menggariskan 8 perkara yang perlu ditunaikan di dalam persudaraan Islam:

1. Saling tolong-menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w:

(مثل الأخوين مثل اليدين تغسل احداهما الأخرى)

“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”.

2. Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta

3. Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau semasa ketiadaannya dan tidak mencari-cari kesalahannya

4. Menyebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik.

Nabi s.a.w pernah bersabda:
(اذا أحب أحدكم أخاه فاليخبره)

“Apabila seseorang daripada kamu mencintai seseorang maka khabarkanlah (beritahulah) -Diriwayatkan oleh abi Daud dan Tirmizi-

Saidina Umar juga pernah berkata: “Tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang; iaitu yang pertama; apabila kamu bertemu mulakan memberi salam, yang kedua; lapangkan tempat duduknya di daalm majlis dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik”.

5. Jika dia terlalai atau melakukan dosa, maka nasihatilah dia dengan cara yang lembut

6. Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya

7. Menghormati semua rakan-rakan atau kaum kerabatnya

8. Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Ayuh Sahabatku,Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

Amalkan sekarang wahai sahabatku...


"Jatuh bangun sesebuah jemaah bergantung drp ahli itu sendiri untuk mengendalikannya"

~Asyraf Al=Fandani~
"Drp Allah,Kpd Allah,Beserta Allah"

1 comments:

::FaQirah alHawari:: May 30, 2010 at 2:23 AM  

salam wb.

"doa senjata mukmin"

doakan moga makhluk di langit turut mendoakn kita semua..

doakn juga semoga ukhuwwah islamiyyah sesama sahabat dapat meneruskan kerja-kerja Islam dan dakwah serta doakan agar shbt2 diberi kekuatan untuk terus istiqamah mengamalkn ISlam..insyaAllah. amin

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP