Saturday, February 27, 2010

Tuntutan Asy-syaja’ah (Keberanian) Dalam Dakwah

Tuntutan Asy-syaja’ah (Keberanian) Dalam Dakwah

hamas

Syaja’ah atau keberanian merupakan jalan untuk mewujudkan sebuah kemenangan dan sebagai izzahizzah keimanan memimpin mereka untuk tidak takut dan gentar barang sedikit pun. keimanan. Tidak perlu ada kata



‘gentar’ bagi pendakwah sewaktu memikul tugas jika ingin meraih kegemilangan. Dari sisi inilah kaum yang beriman berada jauh di atas berbanding kebanyakan orang kerana



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran: 139)



Dahulu, apa yang membuat musuh-musuh Islam gentar adalah kerana keberanian pejuang-pejuang Islam yang mara ke medan perang dengan rasa ‘gembira’ kerana keyakinan dan ketakwaan, yakni hidup mulia dengan meraih kemenangan atau mati syahid di jalan Allah. Bahkan mereka jauh mencintai kemuliaan sebagai syahid sebagaimana kecintaan kaum kafir terhadap dunia.


Dengan sikap inilah kaum Muslimin banyak memperoleh anugerah kemenangan dakwah di pelbagai tempat dan masa.



Golongan kafir amat takut terhadap orang beriman yang memiliki prinsip ini sehingga mereka berusaha sedaya upaya agar sifat berani tidak bersemayam dalam diri orang mukmin. Lalu mereka menakut-bakutkan kaum Muslimin dengan situasi dan keadaan masa depan yang suram, ancaman, dan tekanan-tekanan lainnya agar umat Islam tidak lagi berani memperjuangkan nilai dan norma yang diyakininya. Akhirnya, timbullah sikap penakut yang luar biasa sehingga melemahkan semangat juangnya.



Oleh hal yang demikian itu, usahlah tertipu dek tipu muslihat orang kafir untuk menghilangkan sifat syaja’ah.


Ingatlah bahawa syaja’ah merupakan harga diri orang beriman. Lantaran sifat itulah, tercatat dalam sejarah kegemilangan umat Islam zaman silam, bahawa sebulan sebelum kedatangan kaum Muslimin, warga di Babylon telah lari bertempiaran apabila mendengar umat Islam akan tiba di negeri mereka. Apabila sampai, Khalid bin Walid r.a menenangkan masyarakat Romawi agar tidak perlu takut terhadap kaum Muslimin kerana kedatangan umat Islam hanya untuk menyerukan Islam dan mengajak mereka menghambakan diri kepada pada Allah s.w.t.



Asy syaja’ah (keberanian) menjadi salah satu ciri yang dimiliki orang yang istiqamah di jalan Allah, selain ciri-ciri berupa al-ithmi’nan (ketenangan) dan at-tafaul (optimisme).



Dengan demikian orang yang istiqamah akan sentiasa berani, tenang, dan optimis kerana yakin berada di jalan yang benar dan yakin pula akan dekatnya pertolongan Allah s.w.t. Bagaimanapun, memang tidak mudah untuk menjadi orang yang istiqamah atau teguh pendirian memegang nilai-nilai kebenaran dan sentiasa berada di jalan Allah.



by : asyraf_Al Fandani



0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP