Wednesday, January 20, 2010

(ISMA) KONVENSYEN

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa


al-banna

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan mengadakan Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Bana Pada 30 Januari 2010, bertempat di Dewan Sri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya.

Objektif utama penganjuran konvensyen ini adalah:

  • Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
  • Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
  • Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
  • Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat

Para panelis adalah dari kalangan pimpinan ISMA sendiri iaitu:

1. Ustaz Haji Mohd Rusdi Alias, 41

Pendidikan- Kolej Islam Klang 1985-1988. Universiti Al-Azhar 1989-1992 (B.A Usuluddin bahagian Hadis). Institut Pengajian Tinggi Hasan Al-Baquri (Diploma Pengajian Islam).

Pekerjaan- Pengetua SMI Hira Jeram 2001-2003. Konsultan di Bahtera Consultant Sdn. Bhd. 2004. Pembimbing Bahasa Arab Al-Qur’an di Pendidikan Al-Furqan, Shah Alam.

Dakwah- Penceramah agama surau dan masjid di sekitar Shah Alam dan Klang. Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA.

2. Ustaz haji Mojd hazizi bin Haji Abd Rahman, 40

Pendidikan- Maktab Mahmud Alor Setar 1987-1988. Universiti Al-Azhar 1989-1996 (B.A Syariah Islamiah). Universiti Putra Malaysia 2009-kini (M.A Pembangunan Sumber Manusia).

Pekerjaan- Content Expert di Impian Teknik Integration System Sdn. Bhd. (IT IS) 2005-2006. Penterjemah Bebas 2007. Pegawai Eksekutif ISMA 2008-kini

Dakwah- Anggota Persatuan Pelajar Islam Malaysia Mesir 1993-1996, Anggota Pertubuhan Himpunan Bestari Negeri Sembilan 1997-2001. Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA Negeri Sembilan 2004. Ketua Perhubungan Negeri ISMA Negeri Sembilan 2005-2007. Timbalan Setiausaha Agung ISMA 2008-kini.

3. Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, 39

Pendidikan- SMAP Labu 1988. Universiti Al-Azhar 1994 (B.A Syariah Islamiah).

Pekerjaan- Eksekutif Penerbitan Pustaka Salam. Pengurus Besar Srihira Education Centre. Naib Presiden II ISMA.

Dakwah- Jemputan ceramah dan pengisian di IPTA/S, badan-badan swasta dan kerajaan, NGO’s dan di pertubuhan-pertubuhan pelajar luar negara

Berikut adalah tentatif perjalanan program:

8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran peserta

8.30 – 8.45 pagi Ucapan Alu-Aluan

9:00 – 10.00 pagi Perasmian

10.00 – 10.30 pagi Minum pagi

10.30 – 11.30 pagi Ucaptama

11.30 – 12.40 pagi Kertas Kerja I : “Pemikiran Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara dua aliran” oleh Haji Mohd Rusdi bin Haji Alias

12.40 – 2.30 ptg Solat & makan tengahari

2.30 – 3.40 ptg Kertas Kerja II : “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah Dan Pelaksanaannya Di Malaysia” oleh Haji Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman

3.40 – 3.50 ptg Selingan video

3.50 – 5.00 ptg Kertas Kerja III : “Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Muhammad Fauzi bin Asmuni

5.00 – 5.30 ptg Pembentangan Resolusi & Penutupan Majlis

Pendaftaran secara online boleh dibuat di http://kobanna.ismaweb.net/.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP