Wednesday, November 18, 2009

Sekitar Pandan

Sekitar Pandan
Written by Pengurus Laman on Wednesday, 18 November 2009 02:25

















Nisa' Educare Center Kawasan Pandan bakal mengadakan Kejohanan Bowling Wanita Pandan untuk para Wanita berumur 21 Tahun ke Atas. Kejohanan ini dijadualkan pada 20 Disember 2009, bermula jam 9 Pagi sehingga 12 Tengah Hari di Ampang Superbowl, Ampang Point.

Hadiah-hadiah berupa wang tunai dan piala disediakan bagi pemenang utama. Sementara semua peserta bakal menerima cenderahati kejohanan. Hadiah pertama berupa wang tunai RM300.

Penyertaan adalah secara berkumpulan dengan 5 orang dalam setiap kumpulan. Yuran sebanyak RM 20 akan dikenakan kepada setiap penyertaan.

Program ini diharap dapat menggalakkan wanita untuk bersukan secara aktif dan sihat.

Untuk sebarang maklumat dan pendaftaran, nombor perhubungan urusetia adalah seperti berikut:

Yana - 019-9493305

Soraya - 019-8256802

Rabiah - 019-6347795


0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP