Monday, November 9, 2009

PELUK ISLAM???

Rapper perancis peluk islam

Isnin, 2009 November 09

Post by : asyraf Al-fandani
Diam Majalah Paris Match edisi 8 Oktober 2009 menyiarkan artikel mengenai pengislaman penyanyi rap Perancis, Diam's atau nama sebenarnya, Melanie Georgiades, lengkap dengan gambarnya berjubah dan bertudung.

Menurut artikel itu, Diam's, sejak memeluk Islam dan berpakaian demikian tidak pernah lagi meninggalkan rumah tanpa menutup aurat, jauh sekali daripada bersalaman dan berciuman dengan lelaki bukan muhrim.

Ini bukan kali pertama majalah itu mendedahkan pengislaman rapper itu.

Dalam edisi 8 September 2009, ia menyiarkan gambar penyanyi berkenaan keluar dari sebuah masjid di Paris. Gambar itu rakam secara sembunyi oleh jurugambar majalah itu ketika Diam;s keluar dari Masjid Gunfille, timur laut Paris, bersama-sama suaminya.

Gambar: (Kiri) Penampilan Diam's sebelum ini. (Kanan) Diam's bersama suami keluar dari sebuah masjid di Paris yang disiarkan majalah Paris Match.
 
Berita lanjut sila ke http://taqwageneration.blogspot.com
                              http://pemudapandan.net 

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP