Saturday, November 14, 2009

21 Dec 2012 KIAMAT???



Satu lagi filem Box office tajaan musuh Islam untuk memesongkan aqidah umat islam zaman kini.

Harapnya kita tidak mudah terpedaya dengan jarum halus yang dimainkan oleh mereka sekarang.Tidak dinafikan, kesan digital yang dihasilkan sangat mengkagumkan. Bravo to the producer..!!

Tetapi awas, barangkali aqidah kita boleh terjejas jika kita mempercayai jalan ceritanya, kerana hal terjadinya kiamat AMAT MUSTAHIL diketahui oleh manusia. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang memegang rahsia tersebut:

Berkata al-Bukhari dari ibn Imran bersabda Rasulullah s.a.w:
" Lima perkara yang manusia tidak tahu kecuali Allah."

1. Manusia tidak tahu apa yang akan berlaku hari esoknya.
2. Manusia tidak mengetahui apa yang terkandung di dalam rahim seorang ibu.
3. Manusia tidak mengetahui bila dan di mana hujan akan diturunkan.
4 Manusia tidak tahu tarikh kematian dan tanah perkuburan
5. Manusia tidak tahu bilakah akan berlakunya kiamat.
Saya tertanya-tanya, dari manakah mereka mendapat idea untuk membuat cerita ini? dan juga, mengapa mereka memilih 2012, bukannya 2015,2017 atau 2020?

Rupanya, mereka mengambil sumbernya (sebahagiannya) di sini, sini dan di sini.

Dalam dunia menuju kemodenan baik dari sudut kehidupan, pemikiran, pembangunan dan kecanggihan teknologi, mereka masih pula boleh mengambil teori-teori agama kuno untuk memainkan sentimen ketakutan terhadap 'apocalypse day' yang kononnya akan berlaku pda 21 Disember 2012.

Moga kita diberi kekuatan untuk menjaga aqidah kita dalam zaman yang serba moden dan mencabar ini.

Wallahu alam.

post by : asyraf Al-fandani

3 comments:

mas jakir November 18, 2009 at 1:02 AM  

aku tak dapet lagi nak nengok citer 2012 tu sebab tak ada duit....,
aku selalu tengok filem lakonan sendiri dalam mimpi...memang cukup berangan...,

teknik visual yang cukup hebat tetapi yang lebih hebat adalah allah yang memberi ilham kepada pembuat filem tersebut dan allah jualah yang mengajar macam mana nak buat filem ala-ala kiamat gitu... sesungguhnya filem itu kita tolaklah bulat-bulat mengenai saintifik ramalan dan kita ambil bulat-bulat gambaran kiamat yang akan berlaku semoga hati kita jua dilimpahi ilham mengenai kejadian kiamat. di sini kaum muslim lebih beruntung dari segi rohani kerana ia akan menguatkan lagi ketakwaan kerana kita percaya hari pembalasan. jadi gambarkanlah diri kita berada ketika kiamat dapatkah kita bersedia menghadapinya.sebenarnya allah jua menyampaikan mesej secara umum kepada manusia melalui pelbagai cara contohnya filem 2012 dan sesungguhnya allah itu teramatlah pengasihnya Dia kepada kita yang selalu berpakaian dengan pakaian kesombongan.
.
.
.
salam dari aku fakir si fakir nusantara

Insaf V4 November 18, 2009 at 5:42 AM  

syukrn krn sudi memberi pandangan yg menarik...,tapi masih banyak lagi persoalan tentang perkara 21 dec 2012 ni sebenarnya...klu rajin boleh lah tgk channel 555 astro ade menceritakan kaum maya,so mmg bnyk persoalan disitu dan jatuhnya 21 dec 2012 jg pada hari jumaat,tapi mustahil dan mustahil sekali kaum ini boleh th ttg hr kiamat nie,sdgkan al-quran junjungan mulia tidk menyebut ttg tarikh tersebut...apakah tindakan kita sekiranya tarikh tersebut mmg betul???adakah ini berkaitan akidah???

zakir932 November 18, 2009 at 7:42 PM  

...apakah tindakan kita sekiranya tarikh tersebut mmg betul???adakah ini berkaitan akidah???

iman maksudnya adalah percaya dan muslim yang beriman soleh ialah muslim yang menggunapakai teknologi iman. teknologi iman ialah ilmu. dan ilmu dipraktikan dengan mewujudkan ibadath. ibadath menghasilkan pengalaman dan itu melengkapi ilmu dan amal cuma tinggal rahmat dan redho dari yang maha menentukan.

kembali kepada iman yang mana kita musti ada ilmu barulah boleh kita beriman kalau tidak kita akan jadi seperti kaum maya yang tidak mempunyai ilmu mengenai tauhid iaitu mengesakan tuhan sedangkan mereka sendiri mengetahui bahawa berhala yang disembah adalah ukiran mereka sendiri. yang hebatnya umum mengetahui piramid maya begitu teguh dan utuh untuk menyembah matahari.... malang sungguh kaum maya...

malang sungguh kaum maya kerana hidup hidup di tipu oleh dajjal yang pernah singgah diantara kaum maya. dajjal yang hidup lama sejak zaman nabi musa mempunyai teknologi iron yang mengkagumkan sehingga dajjal mampu memanipulasi dunia dengan kewujudan UFO dan makhluk asing yang digeruni.

dajjal sampai ke puak maya ketika puak maya melakukan ritual penyembahan semangat-semangat ketika itu dajjal mewujudkan cahaya di atas langit(kuasa iblis) lalu turun ke bumi maya sehingga puak maya ketakutan dan mendaulatkan dajjal sebagai penguasa alam jadi tak hairanlah konspirasi 2012 didalangi ilmu matematik dajjal.

dari situ dajjal meluaskan dan menanam empayarnya merentasi perairan florida hingga kini. dan keruntuhan sistem monarki francis suatu ketika dahulu adalah kekuatan manipulasi dajjal. Kerana ketika itu iaitu zaman sebelumnya berlaku revolusi francis merupakan zaman gelap bagi puak yahudi jadi dengan berlakunya revolusi francis maka terseraplah kekuatan yahudi sedikit demi sedikit ke dalam system pemerintahan francis yang mana telah berjaya mengurangi kekuasaan gereja orthodox terhadap system pemerintahan.

Berbalik semula mengenai akidah…..!
Umum mengetahui umat islam mempunyai kekuatan akidah yang kuat melalui penerapan ilmu al quran dan sunnah insyallah mekar islam shingga akhir zaman. Secara mudahnya berpeganglah akidah kita melalui ilmu dan kita beriman kerana tidak akan terjadinya kiamat setelah tercapainya petanda-petanda yang rasul khabarkan dan sesunggunya allah itu maha pengasih dan menepati janjiNYA…

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.


kesimpulannya kita tidak boleh was-was atau syak wasangka atau waham mengenai iman yang kita anuti.jika kita sangkal atau berasa was-was dengan hadits maka kita seolah menyangkal kebenaran rasul. apa yang kita perlu lakukan adalah istifar setiap kali datangnya was-was kerana akal itu adalah lemah yang menjadi tungangan hawa nafsu dan hawa nafsu itu adalah ledakan bisikan syaitan.


ketika solat pun was-was datang bertandang "brapaer rakaat dah ni"

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP