Thursday, August 13, 2009

:::berita semasa:::

Asri rebah ketika pegang mikrofon
Ogos 13, 09 6:51pm


Penerbit dan Penyelaras Program Syahaddah, Ibrahim Zaidi Ismail berkata beliau terkejut melihat penyanyi kumpulan nasyid popular Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim tiba-tiba jatuh sebelum program itu bermula."Kira-kira pukul 10.30 Asri masuk ke dalam studio. Sebelum kejadian Asri sedang memegang mikrofon, bagaimanapun beberapa saat sebelum program bermula dia rebah ke lantai," katanya, sebak.

Beliau berkata kematian Asri meninggalkan kesan kepadanya kerana hari ini adalah hari pelancaran program Syahaddah sempena bulan Ramadan."Tahun ini merupakan tahun kelima Asri terlibat dalam program kita. Beliau dipilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahaddah. "Saya akan ingat tarikh hari ini sampai bila-bila," katanya.Pemuzik terkenal tanahair dan bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, Ramli MS berkata pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar terhadap industri muzik nasyid negara."Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya.

Tetapi bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya... ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar," katanya, yang mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an lagi.Ramli berkata allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik."Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati sesiapa sahaja," kata Ramli.

BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP