Friday, July 3, 2009

semak diri anda?

Semak Diri Anda?

Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis dan ragam manusia. Kali ini penulis ingin bercerita mengenai kategori manusia yang terdpat dalam komuniti kita masa kini.
Setelah penulis berbicara mengenai kategori-kategori tersebut, di harap pembaca bolehlah menilai diri pembaca, anda dikategorikan dalam kumpulan apa?

Adakah anda seorang yang amat berhati-hati, anda anda sentiasa risau dengan perkara yang anda telah lakukan, adakah anda sentiasa gelisah sama ada anda telah melakukan perkara tersebut ataupun belum? Di mana kunci kereta anda.... anda kelam-kabut... hidup anda huru-hara. Baiklah, biarlah anda sendiri yang menilainya.
Kelakuan atau sikap ini dikenali sebagai “Gangguan Obsesif-Kompulsif”. Ini bermaksud pemikiran dan kelakuan yang berlaku berulang-ulang dan tidak dapat dikawal. Dan ini dibahagikan kepada beberapa kategori.

Kategori 1 : “Washers”
- fanatik kepada kebersihan diri

Kategori 2 : “Hoaders”
- Individu yang suka mengumpul barang

Kategori 3 : “Cleaners”
- Fanatik kepada persekitaran dan diri

Kategori 4 : “Orderers”
- Individu yang tersangat rapi dan kemas

Kategori 5 : “Checkers”
- Sentiasa rasa was-was dan gelisah sama ada sesuatu perkara dah buat ke belum

Kategori 6 : “Pure Obsessives”
- Sentiasa berfikir yang bukan-bukan dan juga sentiasa rasa yang perkara itu juga berlaku pada dirinya.

Jadi, anda dalam kategori mana?

sama2 kite renungkanlah...
sekadar pendapat.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP