Wednesday, July 8, 2009

:::info dunia:::

Salam perjuangan kepada semua yang membela Islam, kali ini saya ingin menyentuh peristiwa tragedis yang berlaku di Wilayah Xinjiang. Malangnya golongan menoriti umat Islam ditindas, dibunuh dan dituduh sebagai punca penyebab berlakunya perbalahan kaum menoriti Uighur dan kaum mejoriti Han. saya kecewa kerana umat Islam dituduh sebagai pengganas, tatapi hakikatnya Islam adalah agama yang membawa perdamaian kepada semua umat tidak kira Islam atau Non Islam. Kenapa semua masyarakat dunia memandang Islam adalah agama yang membawa pertikaian, keganasan dan pembunuhan. Ini semua berpunca dari umat Islam sendiri kerana kita leka dengan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki. Tetapi kita lupa musuh Islam menyusun strategi untuk melemahkan Islam, menjatuhkan Islam dan sekaligus melenyapkan Islam dari dunia ini. Perkara ini menjadi kenyataan dan dapat kita semua lihat sepertimana di Wilayah Xinjiang umat Islam dibunuh dan ditangkap oleh pihak berkuasa China. Contoh kedua iaitu umat Islam Palestin dibunuh lebih dari 100 tahun dan sehingga sekarang kita lihat Yahudi membunuh Umat Islam Palestin dengan kejam tanpa belas kasihan. Contoh ketiga umat Islam Selatan Thai dibunuh sekian lama dan kurang mendapat perhatian oleh negara-negara Islam, dan banyak lagi umat Islam ditindas di seluruh dunia. Semua ini merupakan hakikat yang berlaku kepada umat Islam selagimana umat Islam tidak bersatu dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Musuh-musuh Islam tidak boleh kita lawan dengan senjata sahaja, kerana mereka mempunyai senjata yang jauh lebih hebat dari Islam, Musuh Islam tidak boleh dilawan dengan ekonomi sahaja, kerana mereka mempunyai ekonomi yang lebih baik dari Islam. Tetapi musuh Islam boleh dilawan dengan cara umat Islam kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka umat Islam akan digeruni dan akan ditakuti oleh semua musuh Islam, kerana umat Islam mempunyai akhidah yang kuat dan pegangan agama yang kuat. Lebih cantik lagi apabila syariat Islam digabungkan dengan ekonomi, pertahanan, pertanian, sosial dan sebagainya sepertimana kepimpinan Rasulullah pada pemerintahan negara Islam yang pertama (Madinah).















0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP