Sunday, June 26, 2011

Unggun Bersih 2.0 (A.Samad Said)







Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

~~~kerana puisi ini Pak Samad di panggil POLIS hari ini..Petang semalam saya sempat minum petang bersama Pak Samad dan Dr Halimah di Majlis penutup Konvention Penulis kata Pak Samad Polis hanya tinggal NOTA saja di rumahnya sbb beliau tiada dirumah....~~~

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP