Monday, May 31, 2010

Boikot di palestin berjaya,Malaysia???


Aksi kempen boikot yang dilakukan oleh warga Palestin terhadap produk yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan dari para pemukim Yahudi di Tebing Barat telah menyebabkan sekurang-kurangnya 17 perusahaan tutup, sejak pertama kali kempen itu dimulakan beberapa bulan yang lalu.

Washington Post melaporkan bahawa Avi Alekiam yang merupakan pemilik dari tiga ratus perusahaan di kawasan perindustrian Mishor Adumim wilayah pendudukan Tebing Barat, mengakui bahawa kempen boikot warga Palestin membuat situasi perusahaannya tidak boleh bertahan, hingga beberapa perusahaannya terpaksa ditutupAkhbar itu menambahkan: "Adapun warga Palestin melihat kempen pemboikotan terhadap produk yang dihasilkan dari perushaan milik Yahudi merupakan salah satu strategi mereka dalam melawan serta menentang Zionis Israel."

"Orang-orang Palestin telah mencuba selama lebih dari empat puluh tahun untuk mengakhiri pendudukan Israel melalui negosiasi, pemberontakan, yang berlangsung lebih dari dua dekad, namun hal itu boleh dikatakan sia-sia.""Sekarang warga Palestin telah mencapai keberhasilan perlawanan mereka sebagai bukti bahawa kempen boikot terhadap produk-produk pemukim Yahudi telah berbuah hasil, dengan ditutupnya beberapa perusahaan milik mereka," lapor Washington Post.

0 comments:

Post a Comment

Jom follow saye

Tetamu Baru Intifadhah V5

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP